Johannes Gensfleisch zur Laden zum Gutenberg lahir di kota Mainz sekitar 1398, Jerman, tercatat sebagai seorang penemu mesin cetak pertama kali,
 putra bungsu dari pedagang kelas atas Friele Gensfleisch zur Laden, 
dari istri keduanya Else Wyrich. Menurut beberapa laporan Friele adalah 
seorang tukang emas untuk uskup di Mainz, namun kemungkinan besar ia 
juga melakukan perdagangan kain sebagai sumber penghasilannya. Tahun 
kelahiran Gutenberg tidak diketahui persis namun kemungkinan besar 
sekitar 1398.
Ia menerima latihan awal 
sebagai seorang tukang emas. Pada tahun 1411, terjadi pemberontakan di 
Mainz, sehingga dia harus pindah ke Strasbourg dan tinggal di sana 
selama 20 tahun. Di Strasbourg, beliau menyarai hidupnya dengan membuat 
barangan logam. Gutenberg menghasilkan hiasan kecil bercermin untuk 
dijual kepada pelawat ugama Kristian. Dia kemudiannya pulang ke Mainz 
dan bekerja sebagai seorang tukang emas.
Idea Gutenberg yang 
terpenting tercetus ketika dia bekerja sebagai tukang emas di Mainz. Dia
 mendapat buah fikiran untuk menghasilkan surat pengampunan dengan 
membentuk cop huruf untuk mencetak surat pengampunan dengan banyak agar 
dia boleh mendapat banyak wang untuk membayar hutang-hutangnya ketika 
dia bekerja sebagai tukang logam dahulu. Pada masa itu buku dan surat 
ditulis dengan tulisan skrip gotik dengan tangan dan mengandungi banyak 
kesalahan ketika penyalinan serta lambat.
Oleh itu, Gutenbert 
mula membuat acuan huruf logam dengan menggunakan timah hitam untuk 
membentuk huruf skrip gotik. Pada permulaannya Gutenberg terpaksa 
menghasilkan hampir 300 bentuk huruf untuk meniru bentuk tulisan tangan 
yang bersambung-sambung. Setelah itu Gutenberg mereka mesin cetak yang 
bergerak untuk mencetak. Mesin cetak bergerak inilah sumbangan terbesar 
Gutenberg. Setelah menyempurnakan mesin cetak bergeraknya, Gutenberg 
mula mencetak beribu-ribu surat pengampunan yang disalah gunakan oleh 
Gereja Katolik untuk mendapatkan uang. Penyalah-gunaan ini merupakan 
punca timbulnya bantahan daripada sesetengah pihak seperti Martin 
Luther.
Pada tahun 1452, Gutenberg mendapatkan pinjaman wang daripada Johann 
Fust untuk memulakan projek pencetakan biblenya yang terkenal. 
Bagaimanapun Gutenberg telah dipecat daripada menguruskan pencetakan 
Bibal itu sebelum ianya disiapkan sepenuhnya disebabkan Gutenberg 
dituduh mencetak surat pengampunan, kalender dan buku bacaan ringan 
sebagai aktiviti sampingan. Bagaimanapun Bible yang terhasil masih 
dikenali sebagai Bible Gutenberg yang mengandungi 42 baris setiap muka 
disiapkan pada 15 August 1456 dan dianggap sebagai buku bercetak tertua 
di dunia barat. Dua ratus jilid salinan Bible Gutenberg telah cetak, 
sebahagian kecilnya (lebih kurang 50) dicetak di atas kulit lembu muda 
(velum). Bible Gutenberg yang cantik dan mahal itu dijual pada harga 
setimpal dengan tiga tahun gaji seorang kerani biasa. Ia dijual di 
Pameran Buku Franfurt pada tahun 1456. Secara kasar hampir 1/4 Bible 
Gutenberg masih wujud sekarang.
Selain menjadi peneroka bidang 
percetakan, Gutenberg juga mencipta bahan sampingan percetakan seperti 
dakwat dan cop huruf. Dakwat yang digunakan merupakan campuran minyak, 
tembaga, dan timah hitam masih kekal warnanya. Ianya adalah berlainan 
daripada dakwat tulisan biasa kerana dakwat percetakan adalah lebih 
pekat dan likat. Gutenberg juga telah menyempurnakan campuran logam 
untuk membentuk cop huruf dengan gabungan timah hitam, antimoni dan 
timah yang masih kekal digunakan sehingga abad ke 20.
Gutenberg 
juga dipercayai mula bekerja untuk menyiapkan Ensiklopedia Catholicon of
 Johannes de Janua, setebal 748 muka dengan 2 ruangan setiap muka dan 66
 baris setiap satu ruangan. Pada akhir hayatnya dia diterima sebagai 
pengiring (courtier) kepada uskup besar Mainz. Pada tahun 1468 Gutenberg
 meninggal dan ditanam di gereja Franciscan, Mainz.
Sumber : http://penemu-terkenal.blogspot.com 
Penemu Mesin cetak - Johannes Gutenberg
 Author Unknown
 - 
 - 
Home »
Penemu
»
Penemu Mesin cetak - Johannes Gutenberg


